Nyamuk. Makhlus halus yang suka mengganggu ketenteraman hidup kita. Paling tak tahan kalau tengah tidur nyenyak dan terbangun sebab digigit nyamuk pula. Yaya selalu jadi mangsa digigit nyamuk di rumah ini. Kalau ada ibu Yaya dengan Yaya kat ruang tamu, maka Yayalah yang dijadikan mangsa!
Okaylah. Kenapa Yaya tiba-tiba nak cerita pasal nyamuk pula ni? Satu, nyamuk berpotensi bawak pelbagai virus seperti virus Zika,denggi,malaria dan banyak lagi. Pagi ni sempat terjumpa nama virus West Nile yang tak pernah Yaya dengar sebelum ini. Apa-apa pun, kita cerita pasal virus West Nile lain kali. Sekarang, kenapa sesetengah orang macam Yaya lebih suka digigit nyamuk??? Dan kebanyakan faktornya daripadanya tak dapat diubah pun. Hmmm.
![]() |
| Sumber-Pinterest |
1)Kadar gas karbon dioksida yang dibebaskan.
Semua yang masih hidup mestilah bernafas bukan? Jadi, dalam apa-apa keadaan sekalipun kita tetap akan membebaskan gas karbon dioksida dimana senang di mana memudahkan urusan nyamuk untuk mencari anda. Itulah sebabnya kalau dalam satu kumpulan, hierarki yang mudah digigit itu meningkat dari yang si kecil sehinggalah yang dah dewasa. Semakin kita dewasa, semakin banyak lah karbon dioksida yang dibebaskan berbanding kita yang kecil dulu. Betul tak?
2)Warna pakaian yang dipakai.
Wah, memilih betul nyamuk ni! Ha, mungkin ini boleh diubah. Barangsiapa yang suka sangat memakai warna biru, hitam atau merah memang senang untuk dijumpai oleh nyamuk. Jadi, kalau nak pergi mengembara kemana-mana elakkan lah memakai baju dengan warna-warna sedemikian. *kalau bolehlah. Kalau macam Yaya memang suka warna biru.
![]() |
| Rasanya kalau kartun Smurf ni betul-betul wujud, mungkin lagi senang kena gigit nyamuk |
3)Wanita yang mengandung.
Rasanya virus denggi pun dah cukup menakutkan apatah lagi virus Zika. Macam yang Yaya dah beritahu tadi, semakin tinggi gas karbon dioksida yang kita bebaskan semakin senang kita menjadi tumpuan nyamuk-nyamuk durjana tu! Kajian mendapati bahawa wanita mengandung menghadapi risiko dua kali ganda untuk digigit oleh nyamuk berbanding yang tidak mengandung. Ini kerana wanita mengandung membebaskan kira-kira 21 peratus lebih karbon dioksida. Yalah, nama pun mengandung, kan? Jadi, musim-musim denggi jangan lah sibuk nak keluar senja-senja. Sayangi diri anda.
4)Kumpulan darah.
Kan Yaya dah beritahu, kebanyakan faktor memang tak dapat nak diubahpun. Takkan lah nak ubah kumpulan darah pula? Kajian mendapati bahawa orang dengan kumpulan darah O dua kali ganda lebih menarik perhatian nyamuk berbanding jenis darah yang lain. Kumpulan darah A paling kurang menarik perhatian. *Kalau orang yang kumpulan darah A duduk dengan kumpulan darah O, kemungkinan nak selamat tu memang tinggi.
![]() |
| Comel betul, pandai dia lukis.-Google |
5)Rembesan oleh tubuh badan (Secretions)
80 peratus dari kita adalah golongan yang membebaskan kompaun yang dikenali sebagai sakarida dan antigen pada permukaan kulit yang memberikan maklumat mengenai jenis darah yang kita miliki dimana ia sangat lah berkaitan dengan isi yang keempat tadi. Lagi 20 peratus yang agak "berahsia" tu mungkin adalah kalangan kawan-kawan kalian yang kalau dah tak ada orang lain nak digigit baru nak nyamuk-nyamuk cari beliau. Hihihi.
6)Asid laktik
Asid laktik lebih banyak dibebaskan pada kulit sewaktu anda aktif atau apabila makan sesetengah makanan. Pastikan anda mandi ya lepas melakukan senaman atau dah melakukan aktiviti lasak. Jangan tidur terus, nanti senang kena gigit nyamuk.
7)Bakteria pada permukaan kulit anda.
Ringkas dikatakan, bakteria pada permukaan kulit anda sangat senang menarik nyamuk-nyamuk untuk gigit anda. Itulah sebabnya tambahan kepada asid laktik tadi, peluh yang dibiarkan lama menjadi tempat bakteria membiak sekaligus membebaskan aroma yang 'wangi' dihidu oleh nyamuk. Itulah sebabnya nyamuk lebih suka gigit kaki. Yalah, lagi-lagi siapa yang pakai stokin dua tiga hari tak basuh. *rajin-rajinkah basuh stokin lepas ni. Hehehe. Ps:Hati-hati juga bila memilih minyak wangi, sebab sesetengah wangian menarik lebih banyak nyamuk. Kalau rasa-rasa asyik kena gigit nyamuk walaupun dah wangi sila tukar minyak wangi lain.
Rumusan:
Kebanyakan daripada faktor-faktor yang dinyatakan diatas sebenarnya berlaku secara semulajadi yang kita tak dapat nak elakkan. Sesetengah orang cuma boleh dikatakan secara genetiknya memang disukai oleh nyamuk! Ya, janganlah sedih sangat kalau anda 'forever alone'.Pasti ada yang suka walaupun golongan nyamuk. Eh? Tak suka? Jangan marah.
Adapun artikel ini untuk menyebarkan kesedaran terutama kepada golongan-golongan yang lebih senang digigit nyamuk. Segala kekasaran mohon ampun dan maaf. Majulah sains untuk bangsa! Yeah.
Rujukan-
-https://www.bustle.com/articles/170224-are-mosquitos-more-attracted-to-certain-blood-types-why-some-people-get-bitten-more-than-others
-http://www.treehugger.com/health/7-reason-mosquitoes-bite-some-people-more-others.html
-https://www.mosquitnoband.com/why-do-mosquitoes-like-me-more-than-anyone-else/


